Lelaki pukul penyelia pusat beli-belah gara-gara minyak peket

Iklan
Suspek yang juga seorang juruteknik pendingin hawa berusia 38 tahun telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada Selasa. Foto: Naazron

KAJANG – Gara-gara tidak berpuas hati dengan penjualan minyak peket kepada warga asing, seorang lelaki bertindak memaki hamun dan memukul seorang penyelia wanita di sebuah pusat membeli-belah di Bandar Rincing, Semenyih pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, mangsa berusia lingkungan 30-an membuat laporan polis pada jam 6.50 petang.

Iklan
Iklan

"Pengadu telah cuba menenangkan lelaki itu, tetapi suspek bertindak menyerang penyelia berkenaan dari arah belakang lalu memukul belakang kepalanya dengan tangan sebelum beredar dari tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Naazron berkata, suspek yang juga seorang juruteknik pendingin hawa berusia 38 tahun telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada Selasa.

Iklan

"Lelaki itu diberi jamin selepas reman selama sehari dibenarkan oleh mahkamah," katanya.

Menurutnya, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan suspek akan dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, dengan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil kerana menggunakan perkataan kurang sopan.

Iklan

"Suspek yang mempunyai satu rekod dadah akan dituduh pada jam 9 pagi, Jumaat di Mahkamah Bangi," katanya.