Sepanyol ancam boikot Eurovision jika Israel ambil bahagian

Iklan
Eurovision.

MADRID – Sepanyol pada Selasa mengumumkan tidak akan menyertai Pertandingan Lagu Eurovision sekiranya Israel dibenarkan bertanding susulan perang berterusan di Gaza.

Langkah itu meletakkan Sepanyol sebaris dengan Belanda, Ireland dan Slovenia yang lebih awal menyatakan pendirian sama, sekali gus menambah tekanan terhadap Israel serta Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU) selaku penganjur acara muzik tahunan tersebut.

Iklan
Iklan

Penyiar awam Sepanyol, RTVE mengesahkan keputusan itu selepas mesyuarat lembaga di Madrid.

Tindakan berkenaan dibuat ketika hubungan diplomatik Sepanyol-Israel semakin tegang, terutama selepas protes besar-besaran menentang pasukan berbasikal milik Israel mencetus kekacauan dalam perlumbaan Vuelta.

Iklan

Perdana Menteri Sepanyol turut menyuarakan hasrat agar Israel digantung daripada acara sukan antarabangsa.

EBU sebelum ini memaklumkan sedang mendapatkan pandangan ahli mengenai cara menguruskan ketegangan geopolitik menjelang Eurovision 2025 yang dijadualkan berlangsung di Vienna pada Mei depan.

Iklan

Ahli-ahlinya diberi hingga pertengahan Disember untuk memutuskan penyertaan.

Rusia pernah diharamkan daripada Eurovision selepas pencerobohan penuh terhadap Ukraine pada 2022, namun Israel masih dibenarkan menyertai dua edisi lalu meskipun berdepan bantahan. - Agensi