‘Hidup lembut’ di dunia yang keras

Iklan
Anak-anak muda dan generasi Z kini lebih tertarik kepada gaya hidup 'soft life' yang menekankan pada keselesaan dan kebahagiaan daripada tekanan. Foto hiasan 123RF

JIKA melihat anak-anak muda, dan anak-anak mudi juga, duduk bersantai di kafe minimalis sambil menghirup kopi ‘artisenan’ yang harganya sama dengan sekampit beras, dan sesekali memesan mini wrap atau French toast yang baunya sahaja sudah mencarikkan dompet, jangan sekali-kali hairan. Jangan ditanya apa pekerjaan mereka? Jangan ditanya, kalau mereka bekerja kenapa boleh melepak lama-lama di situ?

Begitu juga kalau melihat mereka berbaris untuk membeli kemeja-T linen yang nampak ringkas, tetapi harganya sama dengan sedozen harga kemeja-T biasa, atau melihat mereka berebut-rebut membeli tumbler berjenama dengan harga RM150 untuk diisi air mineral bernilai RM1.50.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.