Percayakan Google Maps, lori 'terjun' ke sungai, kelindan maut

Iklan
Pihak berkuasa Indonesia melakukan operasi menyelamat mangsa selepas sebuah lori terjunam ke dalam sungai. Foto Agensi

JAKARTA – Gara-gara terlalu bergantung pada aplikasi penunjuk jalan Google Maps, sebuah lori pengangkut pasir terjunam ke sungai di Pinrang, Sulawesi Selatan, pada awal pagi Isnin, mengorbankan seorang kelindan manakala pemandu dan seorang lagi pembantunya terselamat.

Lori yang dipandu oleh Dadi,18, bersama dua pembantu, Anto,18, dan Farel, 17, dalam perjalanan dari Malimpung ke Sidrap.

Iklan
Iklan

Mereka mengikuti jalan pintas yang diarahkan Google Maps di Dusun Banga, tetapi laluan itu tersasar sehingga lori terbabas lalu terjunam ke sungai.

"Kesilapan penunjuk jalan Google Maps menyebabkan lori tersasar dan terjun ke sungai," kata Ketua Agensi Pengurusan Bencana Daerah Pinrang, Rhommy Manule.

Iklan

Operasi menyelamat dijalankan oleh pasukan penyelamat yang melibatkan pasukan Biro Keselamatan dan Penyelamat Nasional (Basarnas), Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Pinrang, Tentera Nasional Indonesia (TNI), Polis Republik Indonesia (Polri), serta dibantu oleh penduduk setempat.

Dalam operasi itu, mangsa, Farel ditemui tersepit di bawah tayar lori dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Jenazah mangsa kemudian dibawa ke kediaman keluarga di Sidrap.

Iklan

Sementara dua mangsa yang terselamat kini menerima rawatan susulan, manakala lori masih berada di lokasi sementara menunggu proses pemindahan sepenuhnya.- Agensi