Pas sebulat suara tolak RUU PSB, desak kerajaan batal pelaksanaan
Iklan
Antar perwakilan dari seluruh negara yang hadir ke Muktamar Tahunan Pas ke-71 di Kompleks Pas Kedah, Alor Setar pada Selasa.
ALOR SETAR - Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-71 dengan tegas dan tanpa kompromi menolak sekeras-kerasnya pindaan Rang Undang-undang Akta Pembaharuan Bandar (PSB) yang didakwa jelas mengancam hak rakyat dan masa depan generasi muda.
Pembentang usul, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz mewakili Pas Kawasan Titiwangsa menegaskan bahawa sebarang undang-undang yang digubal secara terburu-buru tanpa penelitian menyeluruh serta proses libat urus yang telus adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap prinsip keadilan, demokrasi dan amanah pemerintahan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, muktamar dengan tegas mendesak kerajaan agar membatalkan segera pelaksanaan PSB.
Ini kerana dakwanya RUU berkenaan bukan sahaja membebankan rakyat tetapi juga membuka ruang kepada penyelewengan dan penindasan yang lebih besar.
Iklan
"Muktamar turut mengingatkan bahawa Pas bersama seluruh kekuatan ummah tidak akan teragak-agak untuk menggerakkan mobilisasi rakyat secara besar-besaran sekiranya kerajaan tetap berdegil mempertahankan undang-undang zalim ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul PSB pada Muktamar Tahunan Pas ke-71 di Kompleks Pas Kedah di sini pada Selasa.
Iklan
Hadir sama, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN yakin isu penggantungan aktiviti selesai dalam dua minggu"><meta itemprop="description" content="PN yakin isu penggantungan aktiviti selesai dalam dua minggu
Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dalam tempoh dua minggu bagi menjawab notis tunjuk sebab yang diterima gabungan itu pada 22 September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya kini sedang berbincang bagi menyediakan jawapan dan penjelasan kepada RoS dalam tempoh ditetapkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797924/berita/politik/pn-beri-penjelasan-kepada-ros-dalam-tempoh-dua-minggu---takiyuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T06:26:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P23S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd833m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd833m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd833m"></script>