Remaja maut terjatuh tingkat 21: Polis sahkan tiada unsur buli

Iklan
Mangsa maut selepas terjatuh dari tingkat 21 sebuah pangsapuri di Paya Terubong pada malam Ahad.

GEORGE TOWN - Polis mengesahkan tiada sebarang unsur buli dalam kejadian seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah pangsapuri di Paya Terubong, Ayer Itam pada malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan awal juga menunjukkan kematian mangsa bukan berpunca daripada sebarang tindakan jenayah.

Iklan
Iklan

“Saya sahkan tiada unsur buli. Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

"Bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang bermula pada jam 10.15 pagi dan selesai 45 minit kemudian mengesahkan mangsa maut kerana parah selepas terjatuh dari tempat tinggi," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Iklan

Difahamkan, mangsa dibesarkan oleh ibu saudaranya sejak kecil selepas ibu bapanya berpisah.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.06 malam itu, mangsa yang merupakan warga tempatan ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di lantai bawah bangunan sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.

Iklan

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).