Lebih 20 penduduk terperangkap banjir di Tanjung Malim

Iklan
Paras air sedang meningkat ketika operasi menyelamat masih dijalankan setakat jam 6.50 pagi. Foto: Bomba Perak

TANJUNG MALIM – Lebih 20 penduduk dilaporkan terperangkap selepas kawasan Kampung Simpang 4 Dalam di sini dilanda banjir sejak pagi Isnin.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.02 pagi.

Iklan
Iklan

Pasukan bomba kini memberi tumpuan untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap untuk dibawa ke tempat selamat. Foto: Bomba Perak

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dengan bantuan BBP Slim River digegaskan ke lokasi.

Iklan

"Komander Operasi bersama 16 anggota dikerahkan dengan kekuatan tiga jentera iaitu sebuah Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah van utiliti.

"Setibanya di lokasi, didapati kawasan berkenaan dinaiki air dan lebih 20 penduduk terperangkap," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Kawasan Kampung Simpang 4 Dalam, Tanjung Malim dinaiki air dengan lebih 20 penduduk terperangkap. Foto: Bomba Perak

Beliau berkata, paras air ketika itu sedang meningkat dan operasi menyelamat masih dijalankan setakat jam 6.50 pagi.

"Pasukan bomba kini memberi tumpuan untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap bagi dibawa ke kawasan selamat," ujarnya.