Muhyiddin, Hamzah hadir Muktamar Pas

Iklan
Muhyiddin dan Mohamed Azmin tiba di Kompleks Pas Kedah bagi menghadiri Muktamar Tahunan Pas Pusat.

ALOR SETAR - Muktamar Tahunan Pas Pusat kali ke 71 yang bermula Isnin dihadiri Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut hadir memeriahkan program yang bermula pada jam 9 pagi ini.

Iklan
Iklan

Turut hadir, Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir

Abdul Hadi (tengah) diiringi Hashim (kiri) ketika berarak masuk ke dewan utama Muktamar.

Iklan

Difahamkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat hadir atas sebab tertentu pada Muktamar yang dihadiri 4,200 perwakilan dari seluruh negeri.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk kenamaan diketuai Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang diiringi Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin.

Iklan

Perarakan turut disertai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya selaku tuan rumah penganjuran Muktamar.