Mangsa dipercayai jatuh dari tempat tinggi sebelum ditemukan mati

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung kes mayat lelaki ditemui tertiarap di anak sungai Temengor

GERIK - Polis tidak menolak kemungkinan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di kawasan Air Rengat, Temengor pada Sabtu terjatuh dari tempat tinggi sebelum dibawa arus sungai ketika hujan lebat.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, siasatan awal serta hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah dikesan pada tubuh mangsa.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan pemeriksaan di Unit Forensik Hospital Gerik, punca kematian disebabkan terdedah kepada persekitaran sejuk.

"Mangsa dipercayai terjatuh dari kawasan tinggi sebelum hanyut dibawa arus hingga mayatnya ditemui di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi pemberita pada Ahad.

Iklan

Menurut beliau, identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan bersama.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Iklan

Pada Sabtu, media melaporkan seorang lelaki dalam keadaan tertiarap dan tidak berbaju ditemukan di anak sungai oleh seorang lelaki Orang Asli pada jam 8.25 pagi.

Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan luka pada kepala mangsa yang dipercayai akibat terjatuh.