Bas ekspres bawa 39 penumpang rempuh tiga kenderaan di Lebuhraya KL- Karak

Iklan
Keadaan bas ekspres dengan sebuah kereta yang dirempuh dalam nahas di Lebuhraya KL- Karak, Bentong pada Jumaat. Foto Polis Bentong

BENTONG – Sebuah bas ekspres yang membawa 39 penumpang dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tiga kenderaan lain dalam kemalangan di Kilometer 47 Lebuhraya Kuala Lumpur (KL) –Karak pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu sekitar jam 6 petang.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati kemalangan membabitkan bas ekspres dari Terminal Bersepadu Gombak menghala ke Raub.

"Semasa tiba di lokasi, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tiga kenderaan lain," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

Dalam pada itu, Zaiham meminta mana-mana saksi kejadian tampil membantu siasatan.

“Pihak polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu, terutama di kawasan selekoh,” katanya.