Fattah, Amira disatukan malam ini, rakan artis kirim doa dan ucapan tahniah

Iklan
Fattah dan Amira bakal melangsungkan majlis pernikahan pada Ahad.

HARI bahagia pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman bukan hanya dinanti peminat, malah dibanjiri ucapan tahniah serta doa restu daripada rakan artis menjelang penyatuan mereka dalam majlis pernikahan pada Ahad.

Penyanyi dan pelakon, Heliza Helmi antara paling awal menitipkan ucapan, biarpun ketika ini berada di jauh menyertai misi kemanusiaan.

Iklan
Iklan

Beliau mendoakan ALLAH SWT memberi segala kemudanan dan mengurniakan ketenangan, mawaddah serta rahmat buat mereka supaya bahagia hingga ke Jannah.

"Maaf tidak dapat hadir kerana berada dalam Misi Sumud Nusantara 2025, apapun doa kami sentiasa mengiringi. Doakan kami sama.

Iklan

"Dua-dua insan yang baik adab dan akhlaknya. Masya-ALLAH, sangat gembira untuk kamu berdua," kongsi Heliza melalui Instagram pada Ahad.

Pelakon, Betty Rahmad turut memuat naik gambar semasa majlis Bachelorette Usrah meraikan Amira baru-baru ini.

Iklan

Majlis Bachelorette Usrah Amira yang akan naik pelamin dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan artis. Foto Instagram Betty Rahmad

Betty yang turut memuatnaik video majlis khatam untuk bakal pengantin itu turut menitipkan doa buat Amira yang akan bergelar isteri dalam tempoh beberapa jam lagi.

"Semoga ALLAH SWT permudahkan semua urusan untuk hari bahagia Mira," tulisnya.

Sementara itu, pelakon popular, Amyra Rosli juga tidak melepaskan peluang menitipkan pesanan manis buat sahabatnya itu.

"Hari ini hari bahagia untuk awak. Selamat menjalani kehidupan sebagai isteri, sangat indah dan dipenuhi dengan cinta.

"Semoga ALLAH memberkati serta melindungi kalian berdua hingga ke syurga, Aamin," menurutnya.

Tidak ketinggalan, penyanyi Nabila Razali juga mendoakan kelancaran majlis perkahwinan pasangan itu.

"Semoga dipermudahkan urusan walimatulurus pada Ahad. Semoga ALLAH SWT memberkati penyatuan dua jiwa dengan sakinah, mawaddah dan rahmat hingga ke syurga,” katanya.

Melalui perkongsian di Instagram, Amira mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke-35 untuk bakal suaminya dan mendoakan Fattah dikurniakan rahmat, berkat, kasing sayang, kebahagian dan kesihatan tubuh badan.

Perkongsian itu dihujani komen netizen yang mendoakan majlis perkahwinan mereka berjalan lancar dan dipermudahkan, malah ada peminat menyifatkan hadiah terindah buat pelakon Suri Hati Mr Pilot adalah ALLAH SWT menghadirkan seorang bidadari sebagai peneman di syurga.

Sebelum ini, majlis meraikan Amira yang akan naik pelamin dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan artis termasuklah Betty, Amyra, Nabila, Irma Hasmie, Nora Danish,Ika Nabella, Bella Astillah, Hawa Rizwana dan Wany Hasrita.

Sebelum ini, desas-desus hubungan cinta antara Fattah dan Amira akhirnya terjawab apabila mereka mengumumkan bakal melangsungkan akad nikah pada 14 September.

Majlis ijab kabul dinamakan Setulus Takdir: Fatah Amira itu akan disiarkan secara langsung menerusi Unifi TV pada jam 8 malam, Ahad.