Kes bunuh di Kapar: Mangsa dicekik hingga maut - Polis

Iklan
Suasana sekitar kawasan Jalan Kempas Kiri, Kampung Perepat, Kapar, gempar pada Khamis dengan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh.

KLANG - Mayat seorang lelaki yang ditemui di kawasan Jalan Kempas Kiri, Kampung Perepat, Kapar, Khamis lalu dipercayai dicekik sehingga maut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, punca kematian mangsa diperoleh berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan.

Iklan
Iklan

“Bedah siasat ke atas mangsa di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mendapati kematian berpunca akibat dicekik.

“Siasatan awal juga mendapati mangsa bekerja sendiri di kawasan Shah Alam,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan.

“Usaha mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes ini masih dijalankan.

Iklan

“Sehingga kini, lima individu telah direkodkan keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, mangsa yang juga warga tempatan itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan beberapa kesan kecederaan oleh orang awam sebelum polis dimaklumkan kira-kira jam 3.30 pagi.