Foto Fattah Amin dakap Fatima sentuh emosi peminat

Iklan
Fattah Amin memuat naik sekeping foto mesra bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, di Instagram peribadinya.

PELAKON Fattah Amin sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas memuat naik sekeping foto mesra bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, di Instagram peribadinya.

Menerusi gambar tersebut, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, kelihatan tersenyum manis saat Fatima menghadiahkannya ciuman di pipi.

Iklan
Iklan

Perkongsian itu segera dibanjiri komen daripada netizen yang bukan sahaja teruja melihat keakraban bapa-anak itu, malah sama-sama menantikan detik bersejarah perkahwinan Fattah dengan penyanyi, Amira Othman yang bakal berlangsung hari ini.

Rata-rata gembira dan meneka Fatima itu akan bersama pada hari bahagianya bapanya esok. Berikut antara komen warganet.

Iklan

"Yeay Fatima ada dengan Daddy! Semoga majlis ijab & kabul Fattah dan Amira dipermudahkan, diberkati oleh ALLAH dan berjalan lancar."

"Sayang Fatima. Semoga majlis dipermudahkan buat Fattah dan Amira."

Iklan

"Kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya tidak akan pernah berkurang atau pudar, walau apa pun yang berlaku."

Menariknya, ramai warganet turut memuji kematangan dan sikap berlapang dada Fazura, yang dilihat memberi ruang kepada anak mereka untuk bersama Fattah menjelang hari istimewanya.

"Kalau ini gambar terkini, salute pada Faz sebab beri keizinan Fatima raikan hari bahagia daddy dia. Alhamdulillah, semua tenang dan damai," antara komen yang ditinggalkan seorang pengguna.

Sekadar info, Fatima yang dilahirkan pada 2 Oktober 2020 adalah hasil perkahwinan Fattah bersama pelakon dan usahawan, Nur Fazura.

Melangsungkan perkahwinan pada 27 November 2017, mereka secara rasmi bercerai pada 4 November tahun lalu. - SinarPlus