ICQS Bukit Kayu Hitam sesak luar biasa, ramai bercuti ke Thailand
Iklan
AKPS telah mengaktifkan Pasukan Tindak Balas Pantas (QRT) serta menempatkan pegawai bertugas tambahan bagi mengawal aliran trafik di kawasan ICQS. Foto AKPS
BUKIT KAYU HITAM - [DIKEMAS KINI] Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam mencatatkan kesesakan luar biasa apabila lebih 17,000 individu dilaporkan keluar dari Malaysia menuju ke Thailand pada Sabtu.
Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, lonjakan jumlah kenderaan persendirian yang keluar ke negara jiran itu berpunca daripada musim cuti persekolahan dan sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada hujung minggu.
Iklan
Iklan
“Kesesakan ini dijangka berterusan sehingga 21 September. Ia melibatkan limpahan kenderaan yang berada di luar kawalan AKPS,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurut data yang dikeluarkan AKPS, seramai 17,030 individu direkodkan keluar ke Thailand antara jam 6 pagi hingga 12 tengah malam pada hari berkenaan.
Iklan
Daripada jumlah itu, 15,718 merupakan warganegara Malaysia, manakala selebihnya terdiri daripada warga Thailand, Indonesia, China, India dan beberapa negara lain.
Sebaliknya, hanya 4,941 individu dilaporkan masuk ke Malaysia dalam tempoh yang sama, menjadikan jumlah keseluruhan keluar masuk sempadan mencecah 21,971 orang pada Sabtu.
Iklan
Jelas Mohd Nasaruddin, bagi menangani kesesakan, AKPS telah mengaktifkan Pasukan Tindak Balas Pantas (QRT) serta menempatkan pegawai bertugas tambahan bagi mengawal aliran trafik di kawasan ICQS.
Menurutnya, turut digerakkan ialah kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan agensi penguat kuasa lain bagi memastikan pintu masuk yang dibuka seawal jam 6 pagi dan ditutup pada jam 12 malam dikawal rapi.
Pemantauan berterusan turut dijalankan di lapangan bagi memastikan keadaan keseluruhan kekal terkawal dan selamat.
"AKPS menasihatkan orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal dan memberi kerjasama penuh kepada petugas di lapangan.
"Pengembara juga diingatkan supaya bersabar dan berdisiplin sepanjang berada di kompleks ICQS yang merupakan kawasan larangan, serta mematuhi arahan penguat kuasa bagi mengelakkan sebarang insiden yang boleh memburukkan keadaan," ujarnya.
Dalam pada itu, AKPS turut merakamkan penghargaan kepada semua pengembara atas kesabaran dan kerjasama yang ditunjukkan.
“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak penguat kuasa negara jiran demi memastikan pengurusan sempadan berjalan lancar, selamat dan terkawal,” tambah beliau lagi.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.