Polis siasat ugutan video lucah diterima Ahli Parlimen Subang

Iklan
Wan Azlan

SUBANG JAYA - Polis menjalankan siasatan berhubung laporan ugutan video lucah yang diterima Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, selepas didakwa menerima e-mel daripada pihak tidak dikenali yang mendakwa memiliki video tidak senonoh melibatkan beliau bersama seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan ugutan itu dan siasatan sedang dijalankan.

Iklan
Iklan

"Siasatan masih diteruskan bagi mengesan penghantar e-mel berkenaan.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan (ugutan) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Sebelum itu, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli turut mendedahkan bahawa beliau menerima e-mel ugutan sama yang menuntut bayaran sebanyak AS$100,000 (RM470,000) bagi mengelakkan penyebaran video berkenaan.

Menurut Rafizi, tangkap layar video yang disertakan dalam e-mel itu menunjukkan wajahnya disunting pada tubuh seorang lelaki dalam suasana bilik yang kabur, namun beliau menegaskan bahawa ia merupakan fitnah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Iklan

Rafizi berkata, beliau juga menerima mesej daripada Wong Chen yang memberitahu turut diugut dengan video serupa, namun pejabat Ahli Parlimen Subang itu lebih tegas apabila terus membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.