Chalet, homestay 'haram' Tanjung Bidara akan dikenakan tindakan
Iklan
Ab Rauf ketika membuat tinjauan di pesisir pantai Tanjung Bidara pada Sabtu.
ALOR GAJAH – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap pengusaha chalet dan inap desa (homestay) yang didakwa beroperasi di tanah kerajaan tanpa kebenaran sepanjang pesisir Pantai Tanjung Bidara.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ini kerana pendudukan tidak terancang bagi tujuan komersial di kawasan rizab pantai bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh menjejaskan keselamatan pelancong serta orang awam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, pihak kerajaan negeri akan membuka peluang kepada pemilik aset pelancongan yang telah menceroboh tanah kerajaan untuk membuat permohonan bagi mendapatkan kelulusan sementara.
"Jika berlaku hakisan, binaan komersial yang tidak mempunyai kelulusan ini boleh mengancam nyawa pelancong dan pengunjung.
Iklan
"Jadi, tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek kawalan hakisan pantai di Tanjung Bidara pada Sabtu.
Ab Rauf (dua dari kiri) ketika meninjau projek kawalan hakisan pantai di Tanjung Bidara pada Sabtu.
Iklan
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara berkata, sebarang pembangunan di tanah kerajaan perlu melalui prosedur serta mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri.
Ujarnya, langkah itu penting bagi memastikan keselamatan awam dan kelestarian alam sekitar terus terpelihara dan turut menggesa komuniti setempat agar berganding bahu memastikan pesisir pantai Melaka kekal indah, selamat serta menjadi kebanggaan rakyat dan tarikan pelancong.
Tambah beliau, penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan aktiviti pembangunan di tanah kerajaan mematuhi undang-undang dan tidak mengancam keselamatan mana-mana individu.
Dalam lawatan berkenaan, Ab Rauf meninjau kemajuan Projek Pengawalan Hakisan Pantai Pengkalan Balak bernilai RM21.56 juta yang dijangka siap pada Januari 2027, serta Projek Menaik Taraf Benteng Pantai Tanjung Bidara bernilai RM2.29 juta yang dijadualkan selesai pada September 2026.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.