Mayat wanita dalam kereta: Sembilan individu dilepas dengan jaminan

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Simpang Pulai minggu lalu.

IPOH – Sembilan individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah kereta di Simpang Pulai minggu lalu, telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kesemua mereka termasuk seorang wanita dilepaskan sementara menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.

Iklan
Iklan

“Polis telah menahan reman kesemua suspek sejak Isnin lalu. Pagi tadi (Sabtu), polis menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk membebaskan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan beberapa tindakan perlu diambil sebelum kertas siasatan diserahkan semula kepada pihak pendakwaan.

Iklan

Isnin lalu, Mahkamah Majistret Ipoh membenarkan permohonan polis untuk menahan reman sembilan suspek berusia antara 30 hingga 70 tahun itu selama tujuh hari.

Difahamkan, siasatan terhadap suspek wanita dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala lapan lelaki lain disiasat di bawah Seksyen 307 kanun sama.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi Ahad, seorang anggota polis berpangkat konstabel cedera selepas ditembak dan ditikam oleh seorang suspek ketika cuba memeriksa sebuah kereta mencurigakan di kawasan Taman Desa Pakatan.

Suspek bertindak melarikan diri sebelum meninggalkan kereta tersebut.

Siasatan lanjut polis ke atas kenderaan itu kemudiannya menemukan mayat seorang wanita di tempat duduk belakang.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa berusia 62 tahun terbabit meninggal dunia akibat kelemasan.