Gempa bumi kuat 7.3 melanda Kamchatka, Rusia

Iklan
Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter berlaku berhampiran Pantai Timur Kamchatka, Rusia pada 10.37 pagi Sabtu. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter berlaku berhampiran Pantai Timur Kamchatka, Rusia pada 10.37 pagi Sabtu.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pusat gempa terletak di koordinat 53.0° Utara dan 160.5° Timur, iaitu kira-kira 120 kilometer dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia, pada kedalaman 10 kilometer.

Iklan
Iklan

"Penilaian awal mendapati gempa bumi ini tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. - Bernama

 

Iklan
Iklan