Tiga sekawan pulangkan telefon tercicir, sikap jujur raih pujian

Iklan
Saravana (kanan) bersama tiga sekawan yang memulangkan telefon bimbit anaknya tercicir sewaktu bersiar di Kampung Pasir Tengah, Rantau.

SEREMBAN - Tindakan mulia tiga sekawan, Danish, Faiq dan Zaquan memulangkan semula telefon bimbit milik seorang kanak-kanak yang tercicir mendapat pujian.

Kejadian berlaku sekitar jam 6 petang pada Khamis lalu ketika mangsa dan ibunya sedang bersiar-siar di Kampung Pasir Tengah, Rantau.

Iklan
Iklan

Menurut bapa mangsa, Saravana Naidu, anaknya hanya menyedari telefon bimbitnya hilang sekitar jam 7 malam, menyebabkan mereka sekeluarga panik dan segera berusaha mencarinya semula.

“Kami mencari di seluruh kampung dan menghubungi nombor telefon anak saya berulang kali, tetapi tidak mendapat jawapan. Lebih kurang jam 7.40 malam, saya cuba hubungi semula dan kali ini ada seseorang menjawab.

Iklan

“Telefon tersebut telah terpadam selepas terjatuh, namun tiga anak muda yang juga anak jati Kampung Pasir Tengah mengambil inisiatif untuk mengecas peranti itu dan menghubungi pemiliknya,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Lebih mengharukan, ujar Saravana, mereka turut meminta alamat rumah sebelum datang sendiri memulangkan telefon berkenaan.

Iklan

“Walaupun mereka masih muda, mereka ikhlas dan jujur. Saya sangat menghargai tindakan mereka dan berterima kasih kepada ibu bapa mereka atas didikan yang baik.

"Semoga Tuhan sentiasa memberi kesihatan dan kebaikan kepada mereka,” ujar Saravana lagi.