Pengurus motel dipenggal pekerja, kepala dibuang dalam tong sampah

Iklan
Suspek, Cobos-Martinez (gambar kiri) mengejar mangsa dalam kejadian di sebuah motel di Dallas, Texas. Foto Jabatan Polis Dallas

DALLAS – Seorang pengurus motel dibunuh dengan kejam apabila pekerjanya memenggal kepala mangsa selepas berlaku pertengkaran mengenai mesin basuh rosak di sebuah motel di Texas, Amerika Syarikat, dalam kejadian pada Rabu lalu.

Menurut laporan Mirror, polis menemui kepala mangsa, Chandra Nagamallaiah, 50, di dalam tong sampah, manakala suspek, Yordanis Cobos-Martinez, 37, ditahan dalam keadaan berlumuran darah sambil memegang sebilah parang.

Iklan
Iklan

Berdasarkan afidavit tangkapan, pertengkaran tercetus apabila Nagamallaiah menegur pekerjanya supaya tidak menggunakan mesin basuh rosak di motel berkenaan.

Cobos-Martinez didakwa berang kerana pengurus terbabit bercakap melalui rakan sekerjanya untuk menterjemah, bukannya berhubung terus dengannya.

Iklan

Suspek kemudian bertindak mengeluarkan parang sebelum menikam dan menetak pengurus motel itu berkali-kali sehingga terjatuh.

Saksi berkata, walaupun anak lelaki mangsa cuba melawan dengan kayu besbol, Cobos-Martinez tetap meneruskan serangan sehingga memenggal kepala mangsa.

Iklan

Lebih mengejutkan, kepala yang terpenggal itu ditendang ke kawasan parkir sebelum diambil semula dan dibuang ke dalam tong sampah.

Cobos-Martinez kini ditahan di Penjara Daerah Dallas dan berdepan pertuduhan membunuh.

Rekod menunjukkan suspek adalah warga Cuba yang turut dikaitkan dengan beberapa kes jenayah di Houston, California dan Florida.