Bunga Raya B-18 bidik kejutan di China

Iklan
Skuad remaja lelaki dan wanita negara yang mengalas cabaran Kejohanan Asia B-18 di Hohhut, China. Foto: KRM

PENGENDALI skuad ragbi lelaki Bawah 18 (B-18) negara, Mohd Syahir Asraf Rosli menegaskan pertemuan dengan Jepun pada Sabtu dianggap sebagai aksi final buat pasukannya dalam Kejohanan Ragbi Asia B-18 di Hohhot, China.

Katanya, selepas membuka kempen menentang Kazakhstan, pertemuan dengan Jepun yang terkenal dengan program pembangunan tersusun serta kelebihan fizikal bakal menjadi penanda aras kemampuan skuad muda negara.

Iklan
Iklan

“Kita anggap pertemuan menentang Jepun sebagai aksi final. Jika dapat memberikan tentangan sengit atau menewaskan mereka, saya yakin peluang untuk mara ke pusingan kedua pada Ahad nanti akan lebih cerah,” jelasnya.

Tambahnya, tahap persiapan Bunga Raya berada pada landasan terbaik dengan sesi pemulihan berjalan lancar sekali gus membantu pemain mengembalikan semangat dan fokus menghadapi cabaran getir.

Iklan

Sementara itu, pengendali skuad ragbi wanita B-18 negara, Josephine Augustine optimis barisan mudanya mampu mencipta kejutan pada kejohanan kali ini.

Menurutnya, sasaran awal adalah mara ke separuh akhir sebelum memasang impian lebih tinggi.

Iklan

“Harapan kami sekurang-kurangnya sampai ke peringkat separuh akhir, dan kalau boleh lebih tinggi daripada itu. Kami akan cuba memberikan cabaran terbaik,” katanya.

Josephine turut menghargai sokongan KBS, MSN dan NRDP yang memberi peluang kepada skuad remaja wanita beraksi di pentas Asia walaupun berdepan persiapan singkat.

KEJOHANAN RAGBI ASIA LELAKI B-18

Kumpulan B

13 September (Sabtu)

Malaysia lwn Kazakhstan, 12.30 tengah hari

Malaysia lwn Jepun, 3.50 petang

Malaysia lwn Taiwan, 7.10 malam

KEJOHANAN RAGBI ASIA WANITAI B-18

Kumpulan D

13 September (Sabtu)

Malaysia lwn Uzbekistan, 9.35 pagi

Malaysia lwn Jepun, 2.10 petang

Malaysia lwn India, 5.30 petang