Jemaah umrah dakwa dengar letupan di Madinah

Iklan
Jemaah umrah mendakwa mereka melihat cahaya yang seperti peluru berpandu di ruang udara Madinah. - Agensi

MADINAH – Media sosial digemparkan dengan video tular memaparkan dakwaan beberapa jemaah umrah yang mendengar bunyi letupan di Kota Madinah awal pagi Khamis waktu tempatan.

Video berkenaan yang banyak dikongsi di TikTok menunjukkan jemaah pulang dari Masjid Nabawi selepas solat Subuh sebelum terdengar dentuman serta melihat cahaya di langit yang disangka sebagai peluru berpandu.

Iklan
Iklan

Ada juga pengguna media sosial yang mengaitkan insiden itu dengan serangan ke Doha baru-baru ini.

Namun sehingga kini, tiada laporan rasmi atau pengesahan daripada pihak berkuasa Arab Saudi berhubung serangan peluru berpandu atau kejadian letupan di kawasan berkenaan.

Iklan

Keadaan keselamatan di Madinah dilaporkan kekal kondusif dan terkawal.

Aktiviti ibadah di Masjid Nabawi berjalan seperti biasa dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Iklan

Penerbangan ke Arab Saudi juga beroperasi mengikut jadual, dengan jemaah umrah dari pelbagai negara tiba dan menunaikan ibadah tanpa sebarang gangguan.

Tribunnews melaporkan, Konsulat Jeneral Indonesia di Jeddah masih menunggu maklumat rasmi daripada pihak berkuasa tempatan berhubung dakwaan tersebut. - Agensi