Maqis nafi pegawai terlibat aktiviti orang tengah

Iklan
Maqis nafikan penglibatan pegawainya dalam penipuan urusan import eksport haiwan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menafikan penglibatan pegawainya dalam sebarang aktiviti orang tengah yang menawarkan perkhidmatan menguruskan urusan import dan eksport haiwan peliharaan dengan bayaran tertentu.

Maqis dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima aduan berhubung individu yang menyamar sebagai pegawai jabatan itu bagi menguruskan dokumen berkaitan dengan meminta sejumlah wang daripada orang ramai.

Iklan
Iklan

"Sehubungan itu, Maqis mengingatkan orang ramai agar berurusan hanya melalui saluran rasmi iaitu ejen berdaftar dengan jabatan ini.

"Setiap pembayaran rasmi perlu dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan dan akan disertakan dengan resit rasmi kerajaan," katanya.

Iklan

Menurut kenyataan itu, sebarang keraguan boleh dirujuk dengan menghubungi pejabat Maqis melalui talian 03-8870 8000 atau e-mel di feedback@maqis.gov.my untuk pengesahan.

"Maqis sentiasa komited dalam memastikan integriti serta ketelusan perkhidmatan, selain tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penipuan," jelas kenyataan itu lagi.

Iklan