'Sampai masanya, Pas akan jadi Perdana Menteri' - Ketua Dewan Ulamak
Iklan
Keutamaan Pas sekarang ialah memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-16, bukannya menamakan siapa calon Perdana Menteri ke-11, kata Ahmad. - Gambar Facebook Dewan Ulamak Pas Pusat
KOTA SARANG SEMUT - Parti Islam Malaysia (Pas) menegaskan, keutamaan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) adalah memastikan kemenangan, bukannya menamakan siapa calon Perdana Menteri ke-11.
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahaya bagaimanapun, tidak menolak keyakinan bahawa akan tiba masanya pemimpin parti itu diberi mandat untuk memimpin kerajaan Persekutuan.
Iklan
Iklan
“Fokus utama kita ialah menang pilihan raya. Jadi, kita perlu pastikan jentera dan gerak kerja pilihan raya berkesan, tumbangkan dulu kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional.
“Selepas itu, barulah ditentukan siapa yang layak. Lebih-lebih lagi jawatan Perdana Menteri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Iklan
“Pandangan saya mudah, sampai masanya Pas akan menjadi Perdana Menteri. Jadi akan ada pemimpin yang ditentukan pada waktu itu,” katanya ketika ditemui selepas Muktamar Dewan Pemuda Pas, di sini, malam tadi.
Mengulas mengenai tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menamakan calon Perdana Menteri ke-11 pada Persidangan Agung Tahunannya Sabtu lalu, Ahmad berkata, perkara itu adalah hak parti berkenaan.
Iklan
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah menjelaskan, Pas juga mempunyai ruang yang sama untuk mengemukakan sebarang usul pada Muktamar.
“Itu PAT (Perhimpunan Agung Tahunan) Bersatu. Jadi, ahli dan kepimpinan Bersatu ada hak untuk membuat usul dan membuka pandangan tentang masa depan negara.
“Dalam konteks Perikatan Nasional (PN), sudah tentu keputusan mesti dibuat bersama. Tapi bagi parti masing-masing, Pas juga boleh kemukakan usul, begitu juga dengan Gerakan atau parti lain,” jelasnya. - Awani
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.