KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat dua laporan polis berhubung video tular memaparkan seorang lelaki mengeluarkan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa operasi pengosongan 37 unit rumah di Kampung Sungai Baru di sini, pada Khamis.
Ketua Penerangan AMK Kuala Lumpur, Mohammad Rais Hamda berkata, laporan dibuat AMK Kuala Lumpur dan AMK Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira jam 8 malam ini.