LINDUNG Kasih tawar perlindungan menyeluruh wanita

Iklan
Azirruan (tengah) bersama Madammu ketika program BBM yang dihoskan oleh Erra Fazira.

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah yang kini dijenamakan semula sebagai LINDUNG Kasih menawarkan perlindungan menye luruh kepada golongan wanita 55 tahun ke bawah dengan kadar caruman hanya RM120 setahun atau RM10 sebulan.

Timbalan Ketua Eksekutif Operasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Azirruan Arifi n berkata, skim itu diperkenalkan bagi memberi perlindungan kepada golongan wanita sama ada bekerjaya sepenuh masa, menjalani kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa atau separuh masa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, LINDUNG Kasih menawarkan perlindungan yang 'bermaruah' bukan hanya dari segi harga, tetapi nilai kemanusiaan dan kesejahteraan wanita.

"Menerusi RM120 setahun, pencarum layak menerima faedah seperti Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Kekal, Elaun Keuzuran, Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis dan lain-lain jika berlaku sebarang musibah atau bencana.

Iklan

"Mereka akan dibantu dari segi kewangan dan perkhidmatan antaranya sumbangan bayaran secara bulanan, pukal, panduan serta bimbingan mengenai kesihatan jika perlu mengikut syarat ditetapkan.

"Di samping itu, kemudahan pusat fi sioterapi juga disediakan bagi membantu proses rawatan dan pemulihan kepada mereka mengalami kecederaan atau masalah kesihatan. Ia kini dibuka di Melaka dan Perak, manakala satu lagi pusat baharu bakal dibina di Terengganu," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam program Borak Bibir Merah (BBM) bertajuk Me Before You bersama Pengasas Noir, Eriyca Baiduri atau Madammu dan dihoskan oleh selebriti terkenal, Erra Fazira yang diadakan di Dewan Karangkraf, Shah Alam.

Dalam pada itu, Azirruan memberitahu, statistik menunjukkan lebih 4.8 juta wanita keluar dari pasaran kerja setiap tahun dan lebih tiga juta daripadanya tidak kembali bekerja.

Jelasnya, ia menjadikan mereka suri rumah sepenuh masa tanpa sebarang perlindungan sosial.

"Jika berlaku sesuatu, suri rumah yang kurang berkemampuan akan bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau zakat. Di sinilah intervensi kerajaan menerusi PERKESO sangat penting.

"Oleh itu, saya berpendapat setiap wanita perlu mempunyai Lindung Kasih. Jika bukan melalui suami, suri rumah juga boleh mencarum sendiri bahkan anak saudara atau syarikat melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) juga dibenarkan menyumbang.

"Ini fl eksibel, perkara paling penting adalah perlindungan itu sampai,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan komitmen PERKESO yang berterusan untuk menyebarluaskan kesedaran tentang skim ini.

“Wanita adalah agen pembangunan dan produktiviti negara. Kami akan terus memastikan semua dilindungi. LINDUNG Kasih adalah permulaan, PERKESO akan terus melihat keperluan rakyat untuk memastikan perlindungan untuk semua, sepanjang masa,” ulasnya.

Suri rumah sambut baik Skim LINDUNG Kasih

SHAH ALAM – Skim LINDUNG Kasih yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) semakin mendapat sambutan baik dalam kalangan wanita, khususnya golongan suri rumah yang selama ini kurang mendapat perhatian dari segi perlindungan keselamatan dan kebajikan.

Skim yang menawarkan perlindungan keselamatan sosial dengan bayaran serendah RM120 setahun ini dianggap sebagai langkah bijak dan amat berbaloi, terutama bagi wanita yang tidak mempunyai perlindungan insurans lain.

Kebanyakan mereka mengakui selamat dan dihargai dengan adanya skim itu, yang memberi jaminan sekiranya berlaku kecederaan atau kemalangan semasa menjalankan tugas harian di rumah.

Seorang suri rumah Sandora Mohd Panut, 49, berkata, sebelum ini beliau tidak mengetahui kewujudan skim tersebut, namun kini berasa syukur kerana akhirnya ada satu bentuk perlindungan mampu milik untuk suri rumah.

SANDORA

"Kadang-kadang benda kecil seperti jatuh di bilik air pun boleh sebabkan kecederaan. Apabila ada skim yang membantu suri rumah macam kita, saya rasa lebih tenang. Walaupun ada suami, kita tetap kena fi kir keselamatan diri sendiri dan masa depan terutama bila diuji dengan kesihatan.

"Skim ini sesuai untuk suri rumah yang tidak mampu membeli insurans dengan harga tinggi. RM120 setahun sangat berbaloi dan mampu dibayar oleh semua golongan," ujarnya.

Seorang surirumah, Rodziah Hamid, 46 pula berpendapat, beliau tertarik dengan LINDUNG Kasih kerana ia memberi perlindungan kepada wanita walaupun tidak bekerja. Menurutnya, walaupun tidak bekerja, wanita tetap melakukan kerja-kerja rumah.

RODZIAH

"Saya rasa sangat dihargai. Apabila tahu ada skim ini, rasa macam tetap dijaga walaupun di rumah.

"Saya akan menggalakkan rakan-rakan dan ahli keluarga untuk menyertai skim ini kerana manfaat yang ditawarkan adalah sangat berbaloi dengan bayaran serendah kira-kira RM10 sebulan," jelasnya.

Kakitangan awam, Siti Sabariah Mat Husin, 44, pula memberitahu, beliau pernah mendengar tentang LINDUNG Kasih sebelum ini namun tidak begitu faham maksud dan fungsinya. Tambahnya, namun selepas mendapat maklumat, beliau yakin skim ini patut dimiliki semua wanita.

"RM120 setahun saya rasa sangat berpatutan, lebih-lebih lagi bila dah bersara nanti pun masih mampu untuk teruskan bayaran. Skim ini dapat memberi kelegaan dan rasa dihargai.

"Ia satu bentuk pengiktirafan kepada wanita atas peranan besar mereka dalam kehidupan harian. Justeru, semua wanita diharap tidak berlengah dan segera mendaftar bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

INFO

Faedah Perubatan

• Layanan pesakit luar dispensari, klinik atau institusi lain

• Kemasukan wad dengan kelayakan kelas kedua hospital kerajaan

Faedah Hilang Upaya Kekal

• Diberikan kepada suri rumah yang disahkan mengalami keilatan atau hilang upaya kekal dan sekiranya perlu akan diberikan bekalan proses prostetik, ortotik atau alat bantuan lain secara percuma

• Bayaran pukal sehingga RM30,000 jika mengalami hilang upaya kekal bergantung pada tahap dan jenis kecederaan.

Elaun Layanan Sentiasa

• Bayaran sebanyak RM250 secara bulanan jika layak

Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis

• Pembiayaan sehingga RM50,000 dalam tempoh caruman jika diper akukan menghidap keilatan atau hilang upaya kekal dan sekiranya perlu akan diberikan bekalan proses prostetik, ortotik atau alat bantuan lain secara percuma.

Elaun Keuzuran

• Bayaran secara bulanan sebanyak RM300 jika layak

Faedah Pengurusan Mayat

• Bayaran Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 secara sekali bayar

Pencen Penakat

• Dibayar sebanyak RM300 sebulan kepada orang tanggungan yang layak mengikut syer yang ditetapkan