Keadaan Kampung Sungai Baru lengang

Iklan
Keadaan di sekitar lokasi juga dilihat lengang tanpa kehadiran individu berkumpul.

KUALA LUMPUR - Operasi pelaksanaan writ milikan kosong terhadap 26 hak milik individu membabitkan 37 rumah teres di Kampung Sungai Baru di sini selesai pada Khamis.

Tinjauan Sinar Harian di tapak operasi mendapati pihak polis telah membuka halangan di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Keadaan di sekitar lokasi juga dilihat lengang tanpa kehadiran individu berkumpul.

Terdahulu, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama beberapa agensi penguat kuasa menjalankan operasi bagi melaksanakan writ milikan kosong terhadap 26 hak milik individu merangkumi 37 rumah teres di Kampung Sungai Baru.

Iklan

Keadaan di sekitar Kampung Sungai Baru.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, dilaporkan berkata tindakan itu dilaksanakan selepas melalui beberapa proses perolehan yang ditetapkan, dengan perintah pengosongan dikeluarkan oleh mahkamah.

Iklan

Isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru membabitkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri dikenali sebagai Flat Kampung Sungai Baru, dengan proses pengambilan tanah bermula sejak 2016.

Sebahagian penduduk, khususnya penghuni rumah teres, tidak bersetuju dengan kadar pampasan RM400 sekaki persegi yang ditetapkan Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.