DOHA - Kementerian Dalam Negeri (MoI) Qatar mengesahkan identiti seorang mangsa yang terbunuh dalam serangan Israel pada Selasa ke atas sebuah bangunan kediaman di Doha yang menempatkan anggota biro politik Hamas, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Dalam satu kenyataan, MoI memaklumkan bahawa identiti syahid Jihad Riyah Hassan Labad telah disahkan"sebagai sebahagian daripada pemantauan berterusan terhadap perkembangan berkaitan sasaran Israel dan berdasarkan operasi lapangan yang dijalankan oleh agensi keselamatan berkaitan untuk mengumpul bukti serta maklumat.”