Pegawai, anggota polis terlibat kes kehilangan barang di inap desa dihadkan tugasan
Iklan
Shazeli.
SHAH ALAM – Pegawai serta beberapa anggota polis yang disiasat berkaitan kes kehilangan barangan di sebuah inap desa banglo selepas serbuan dijalankan sebelum ini telah dihadkan penugasan harian.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan terhadap kesemua individu berkenaan masih berjalan dengan beberapa kenyataan telah diambil setakat ini.
Iklan
Iklan
"Kes ini masih dalam siasatan, pegawai dan anggota yang disiasat masih kekal melaksanakan tugas, cuma bidang tugasan mereka dihadkan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Khamis.
Terdahulu, media melaporkan polis sedang menyiasat aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) membabitkan kes pegawai dan anggotanya yang ditahan berhubung kes kehilangan barangan itu.
Iklan
Shazeli berkata, siasatan itu dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Ujar beliau, pegawai dan beberapa anggota polis yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan dan JIPS IPK Selangor telah diarahkan untuk siasat dari aspek pematuhan SOP sama ada ia dilaksanakan atau sebaliknya ketika serbuan dijalankan.
Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pegawai serta beberapa anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan barangan di sebuah banglo tiga tingkat yang dijadikan inap desa di Kajang baru-baru ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>