Peniaga pasar malam mengaku tidak bersalah rogol anak tiri

Iklan
Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 2 Sungai Petani pada Khamis.

SUNGAI PETANI - Seorang peniaga pasar malam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen 2 di sini pada Khamis atas pertuduhan merogol anak tiri berusia 13 tahun, Ogos lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Azman Abu Hassan ketika pertuduhan dibacakan terhadap lelaki berusia 31 tahun itu.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, perbuatan itu dilakukan pada jam lebih kurang 10 malam dalam bilik tidur di sebuah rumah dekat Kampung Paya Mengkuang, Gurun pada 10 Ogos lalu.

Dia didakwa merogol anak tiri berusia 13 tahun yang mana perhubungan itu tidak dibenarkan bawah undang-undang atau hukum agama untuk berkahwin dengannya.

Iklan

Disebabkan itu, dia telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Alex Pang Tak Fatt.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Kes akan disebut semula pada 13 Oktober depan bagi menunggu laporan perubatan dan patologi.

Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja disyaki dirogol bapa tiri setelah mangsa memaklumkan pihak sekolah mengenai kejadian itu.