KUANTAN - Stesen minyak di enam daerah di Pahang yang diarahkan menghentikan operasi perniagaan bermula 7 petang hingga 7 pagi sebelum ini, kini dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak bagaimanapun berkata, hanya perkhidmatan isian minyak sahaja yang dibenarkan, manakala kedai serbaneka di stesen minyak tidak dibenarkan beroperasi mulai 10 malam hingga 6 pagi.