Dua beranak rentung rumah teres terbakar

Iklan
Keadaan rumah didiami mangsa terbakar di Sungai Buloh pada Khamis.

SUNGAI BULOH – Dua beranak ditemukan rentung selepas rumah teres satu tingkat yang mereka diami di Kampung Sri Indah A, di sini musnah dalam kebakaran pada Khamis.

Mangsa dikenali sebagai Kaw Sing Chai, 70-an, dan anaknya Kaw Swee Fatt, 50-an.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.50 tengah malam, sebelum jentera tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres satu tingkat dan didapati terbakar 80 peratus. Api turut memusnahkan dua buah kenderaan jenis Perodua Alza dan Perodua Kancil.

Iklan

Dua beranak ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Sungai Buloh pada Khamis.

“Dua mangsa ditemukan rentung di dalam rumah berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, operasi pemadaman melibatkan 28 anggota dari BBP Sungai Buloh dengan bantuan BBP Damansara, Rawang dan Bukit Jelutong.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 1.55 pagi sebelum padam sepenuhnya pada jam 3.40 pagi. Operasi turut dibantu unit K9 untuk siasatan lanjut.

"Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.