Pemisahan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya langkah penting reformasi – Hassan Karim

Iklan
Hassan Karim

JOHOR BAHRU – Keputusan Kabinet yang bersetuju memisahkan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya disifatkan sebagai langkah penting dalam agenda reformasi undang-undang negara.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyifatkan langkah itu sebagai antara tuntutan utama dalam agenda reformasi undang-undang yang diperjuangkan kerajaan ketika ini.

Iklan
Iklan

"Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang, anggota backbencher kerajaan, saya menyokong penuh dan mengalu-alukan keputusan Kabinet semalam yang bersetuju melaksanakan pengasingan sepenuhnya peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

"Saya menganggap keputusan ini memenuhi antara lain tuntutan utama agenda reformasi undang-undang di bawah kerajaan sekarang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

“Keputusan ini memenuhi salah satu agenda besar reformasi undang-undang negara. Saya mengalu-alukan langkah tersebut kerana ia penting untuk memperkukuh institusi negara,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Hassan, pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan bagi membolehkan pemisahan kuasa itu direalisasikan sepenuhnya.

Iklan

"Saya sebagai seorang peguam juga menyedari beberapa pindaan perlembagaan perlu dilakukan oleh Parlimen.

"Dalam hal ini saya berharap semua pihak sama ada di pihak kerajaan dan pembangkang di Parlimen akan menyokong usaha menjayakan reformasi institusi penting negara Malaysia kita dengan meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan itu nanti," ujarnya.

Sebelum itu media melaporkan Kerajaan pada Rabu membuat keputusan mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said telah membentangkan model-model pengasingan kepada Jemaah Menteri.

Setelah pertimbangan dibuat, Jemaah Menteri memutuskan untuk melaksanakan cadangan pengasingan penuh di mana kedua-dua jawatan ini diwujudkan secara berasingan dan setara dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan ini diambil selepas meneliti Laporan Akhir dan Hala Tuju yang disediakan oleh Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif yang dipengerusikan Azalina.