Jasmine Food semarakkan bulan kebangsaan dengan mural interaktif AI, AR
Iklan
Pengunjung KL Free Car Sunday boleh bergambar di mural interaktif Jasmine yang terletak di Jalan Kamunting, Kuala Lumpur.
JASMINE Food menyemarakkan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia dengan memperkenalkan mural interaktif menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan augmented reality (AR) di Jalan Kamunting, Kuala Lumpur.
Ketua Pegawai Operasi Jasmine Food Corporation, Alan Kwong berkata, mural itu meraikan kisah tradisi dan citarasa masyarakat majmuk Malaysia melalui makanan ruji nasi.
Iklan
Iklan
“Projek ini bukan sekadar untuk menceriakan jalan tetapi ia turut mengajak masyarakat kita serta pengunjung luar menerokai kisah, citarasa dan seni yang menjadikan Malaysia begitu istimewa.
“Hasil kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), inisiatif berkenaan juga sebahagian daripada usaha menjadikan Jalan Kamunting sebagai sinar permata yang menggabungkan makanan, kebudayaan dan kesenian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Iklan
Tambahnya, mural itu menggambarkan suasana mesra dari dapur kampung hingga ke meja makan di bandar, menjadikan nasi sebagai simbol kasih sayang, keselesaan dan kebersamaan.
“Menyantuni acara KL Bebas Kenderaan di pagi Ahad, Jasmine Food turut mengedarkan 1,000 pek nasi lemak kepada para pengunjung.
Iklan
“Kami memilih hidangan itu kerana ia merupakan makanan ikonik rakyat Malaysia serta mencerminkan kepelbagaian budaya negara yang majmuk dan berwarna-warni,” ujar beliau.
Menurut Alan, mural interaktif berteknologi AI dan AR itu lebih menarik kerana lukisan di dinding seakan ‘hidup’ apabila diimbas menggunakan telefon pintar.
“Gabungan seni klasik bersama teknologi moden menunjukkan kepekaan pihak Jasmine Food terhadap perkembangan semasa,” jelasnya.
Alan berkata, orang ramai turut berpeluang menyertai peraduan petik dan menang yang diadakan sehingga Disember ini.
“Peserta hanya perlu merakam gambar paling kreatif di mural Jasmine Food dan berkongsinya dengan tanda pagar #NasiWarisanKita di Facebook atau Instagram.
“Mereka berpeluang memenangi hadiah berupa beras dan santan percuma daripada Jasmine Food,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>