'Segala harta benda musnah, empat kucing terkorban'

Iklan
Airry Adzley menunjukkan kesan kebakaran yang memusnahkan rumahnya dalam kejadian pada Selasa.

KUALA LUMPUR -"Saya terduduk dan hilang kata-kata apabila melihat rumah didiami musnah dijilat api dan tiada apa yang dapat diselamatkan," demikian luah Norfazilah Zainol, 39, yang kehilangan tempat tinggal selepas kediamannya di Kampung Sungai Penchala di sini terbakar pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, bukan sahaja dokumen peribadi, wang tunai, barang kemas dan sebuah motosikal musnah, malah empat ekor kucing kesayangannya turut terkorban dalam kebakaran itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika kejadian, dia dan suaminya, Airry Adzley Shafie dan anak lelaki mereka, Ammar Que Zairi, 6, pulang ke kampung mereka di Paka, Terengganu.

"Semasa kejadian hanya seorang anak buah lelaki menghuni rumah itu, namun sewaktu kejadian dia keluar kerana membeli makanan," katanya selepas menerima kunjungan daripada Eksekutif Promosi dan Dana, Yayasan Keluarga Malaysia, Azlina Rosdy pada Rabu.

Iklan

Azlina Rosdy (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia kepada Norfazilah (empat dari kiri) semasa menziarahinya selepas rumah didiami di Kampung Sungai Penchala di sini musnah terbakar pada Selasa.

Hadir sama Pelakon dan Usahawan, Rubiah Suparman; Produser Dokumentari RTM, Za Omar; Rosli Nordin dan Jurugambar Kenamaan, Natrah Mat Jaan.

Iklan

Norfazilah memaklumkan, anak saudaranya yang pulang terkejut dan kemudiannya menghubunginya memaklumkan kejadian kebakaran rumah yang didiami mereka sejak sembilan tahun lalu.

"Saya dan suami terus bergegas pulang ke Kuala Lumpur dan sepanjang perjalanan berharap kebakaran tidak seteruk yang dijangkakan.

"Namun luluh hati saya melihat rumah hanya tinggal rangka dan alami kerugian kira-kira RM60,000.

"Lebih terkilan empat ekor kucing kesayangan saya tidak dapat diselamatkan, hanya dua ekor sempat menyelamatkan diri, itupun dalam keadaan cedera akibat terbakar, manakala seekor lagi terpaksa dihantar ke klinik haiwan untuk rawatan," ujarnya sebak.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 08900 29000 118509 atas nama Norfazilah Zainol.