KATHMANDU – Gelombang protes di Nepal mencapai kemuncaknya apabila penunjuk perasaan mula membakar kediaman menteri Kabinet, terbaharu rumah Menteri Tenaga, Deepak Khadka dibakar oleh perusuh pada Selasa.
Kejadian itu mengakibatkan wang kertas berterbangan di jalanan hingga mencetuskan suasana huru-hara kerana orang ramai cuba untuk mendapatkan wang-wang berkenaan.