Pokok durian tumbang hempap kantin sekolah

Iklan
Sebatang pokok durian tumbang menghempap sebahagian struktur kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bangkong, Sungai Pelek, pada Selasa.

SEPANG – Sebatang pokok durian tumbang menghempap sebahagian struktur kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bangkong, Sungai Pelek, pada Selasa.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.10 pagi.

Iklan
Iklan
Kerja-kerja pemotongan dan pembersihan kawasan terjejas selesai dijalankan oleh pasukan bomba.
Iklan

Sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sepang dikejarkan ke lokasi dan tiba kira-kira 15 minit kemudian.

“Komander Operasi melaporkan kejadian membabitkan sebatang pokok durian tumbang yang menghempap sebahagian struktur kantin sekolah. Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Kerja-kerja pemotongan dan pembersihan kawasan terjejas selesai dijalankan oleh pasukan bomba.