SPRM sahkan siasatan aset Tun M diteruskan

Iklan
Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berhubung aset milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih diteruskan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya kini sedang mendapatkan maklumat daripada agensi penguat kuasa luar negara berhubung perkara itu.

Iklan
Iklan

"Siasatan terhadap Dr Mahathir masih lagi dijalankan dan SPRM sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak luar, terutamanya daripada pihak berkuasa di United Kingdom (UK) berhubung aset-aset yang dimilikinya.

"Sekiranya maklumat berkenaan diperoleh, kita akan maklumkan," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pada Selasa.

Iklan

Siasatan terhadap Dr Mahathir sebelum ini menarik perhatian umum selepas beliau antara individu yang diminta membuat pengisytiharan aset kepada SPRM tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri sebelum ini menegaskan beliau tidak memiliki kekayaan luar biasa seperti yang didakwa sesetengah pihak dan menyifatkan tuduhan berkenaan bermotifkan politik.

Iklan

Azam berkata, SPRM memberi keutamaan untuk mendapatkan kerjasama pihak berkuasa luar negara kerana kebanyakan maklumat aset yang dikaitkan dengan Dr Mahathir melibatkan aset di luar Malaysia.