Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS

Iklan

RINGGIT meningkat semula berbanding dolar AS berikutan kenaikan harga minyak yang melebihi AS$30 setong.

Sehingga 6 petang ini, unit tempatan diniagakan pada 4.3947/4012 berbanding 4.4080/4120 semalam, manakala minyak mentah Brent yang juga penanda aras mencecah harga AS$32.65 setong, menokok 7.76 peratus berbanding kira-kira AS$28 setong ketika ditutup semalam.

Iklan
Iklan

Penganalisis berkata, peningkatan harga minyak merangsang permintaan ke atas ringgit, namun, beliau berkata, ia hanya pendorong sementara akibat gangguan pengeluaran minyak di Iran susulan pandemik Covid-19.

Setakat ini, Iran merekodkan 17,261 kes disahkan Covid-19, melibatkan 1,135 kematian.

Iklan

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0303/0369 daripada 3.0425/0470 ketika ditutup semalam dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7204/7303 daripada 4.7759/7822.

Iklan

Ringgit juga naik berbanding yen Jepun kepada 3.9811/9898 daripada 4.0457/0574, namun, merosot berbanding pound Britain kepada 5.1926/2042 daripada 5.0848/0923. - Bernama