KAJANG – Polis giat mengesan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di sini baru-baru ini.
Kehilangan Nurul Fatiha Suhairi disedari pada 31 Ogos lalu dan lokasi terakhirnya dikenal pasti di Seri Ros Apartment, Taman Sepakat Indah, Sungai Chua, Kajang.