SEREMBAN - Seorang lelaki berusia 31 tahun cedera di leher akibat dikelar oleh rakan serumahnya selepas berlaku perselisihan faham di Taman Rasah Jaya, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten KomisionerMohammad Hatta Che Din berkata, seorang lelaki tempatan membuat laporan polis pada jam 6.24 petang, memaklumkan menjumpai seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah serta terdapat kesan kelar pada leher.