Penduduk kembalikan barang ahli DPR dijarah

Iklan
Sebahagian barang dijarah ditinggalkan di tepi jalan kediaman mangsa.

JAKARTA -  [DIKEMAS KINI] Puluhan penduduk memutuskan untuk memulangkan pelbagai barangan yang dijarah dari sejumlah rumah anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) ketika siri protes ganas melanda Indonesia pada akhir bulan lalu.

Barang yang dikembalikan itu milik Ahmad Sahroni, Surya Utama atau Uya Kuya dan Menteri Kewangan, Sri Mulyani.

Iklan
Iklan

"Item paling banyak dijarah adalah milik Sahroni. Sehingga Sabtu, sebanyak 32 sudah dipulangkan termasuk surat tanah rumah yang tular sebelum ini.

"Kesemuanya diserahkan secara sukarela kepada Polres Metro Jakarta Utara sebelum diberikan kepada keluarga anggota Parti Nasdem itu," ujar Kompol Onkoseno Gradiarso Sukaha.

Iklan
Iklan

Difahamkan, anggota DPR yang terlibat insiden penjarahan itu juga memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pelaku yang mengembalikan semula. - Agensi