Pelajar jatuh asrama: Siasatan lengkap, tunggu arahan pengarah pendakwaan negeri - Polis

Iklan
laporan Sinar Harian pada 27 Ogos lalu.Foto kecil: Shazeli

SHAH ALAM - Polis merujuk kertas siasatan kes pelajar Tingkatan Tiga jatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam kepada pengarah pendakwaan negeri (PPN).

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan polis telah dilengkapkan.

Iklan
Iklan

“Kertas siasatan sudah diserahkan kepada PPN bagi tujuan penelitian serta nasihat lanjut. Kita sedang menunggu arahan lanjut daripada pihak PPN,” katanya pada Ahad.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung hasil dapatan siasatan sementara menunggu keputusan pihak PPN.

Iklan

Sebelum ini, Shazeli dilaporkan berkata polis sudah merakam keterangan lebih 12 individu termasuk pelajar, guru dan warden asrama selain memperoleh beberapa petunjuk penting bagi membantu merungkai punca sebenar kejadian.

Beliau turut dilaporkan berkata siasatan menjurus di tempat kejadian dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar asrama.

Iklan

Pada 24 Ogos lalu, pelajar lelaki Tingkatan Tiga, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, 15, dilaporkan parah selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam.

Mangsa telah dirawat di Hospital Sungai Buloh selepas dipindahkan dari Hospital Sabak Bernam.

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.