Pemuda UMNO Pahang kecam MIC hadir PAT Armada Bersatu
Iklan
Mohd Kamil
KUANTAN- Pemuda UMNO Pahang menyifatkan tindakan wakil MIC menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) sayap Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap semangat setiakawan dalam Barisan Nasional (BN).
Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim berkata, sikap tidak menghormati dan mementingkan diri yang ditunjukkan oleh parti tersebut tidak boleh dipandang ringan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, MIC perlu sedar dan tidak melupakan bahawa banyak kerusi yang dimenangi parti itu selama ini adalah atas ehsan dan pengorbanan UMNO.
“Jawatan-jawatan lantikan termasuk dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) juga lahir daripada semangat setiakawan BN.
Iklan
“Sekiranya MIC terus memilih untuk mesra dengan Perikatan Nasional (PN), maka wajar mereka mempertimbangkan untuk memulangkan semula segala kedudukan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tegas Mohd Kamil, kekuatan BN sejak kemerdekaan adalah hasil asas kesetiaan, saling menghormati dan kepercayaan antara parti-parti komponen.
Iklan
“Bukan kerana drama, bukan juga kerana menikam belakang kawan. Sebab itu, kalau mahu terus bersama dalam rumah besar ini, hormatilah adabnya,” katanya.
“Sekiranya tidak mampu, adalah lebih baik undur dengan bermaruah,” katanya lagi sebagai kata dua kepada rakan komponen BN itu.
Beliau menegaskan bahawa semua komponen BN seharusnya memperkukuhkan parti masing-masing dan tidak sesekali mengkhianati rakan seperjuangan demi kepentingan politik semata-mata.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Pemuda MIC, K Kesavan dilihat menghadiri PAT Armada Bersatu kali kelapan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada Sabtu.
Tindakan itu mencetuskan kontroversi susulan laporan bahawa PN sebelum ini telah ‘melamar’ MCA dan MIC untuk menyertai gabungan mereka.
Kesavan turut dilihat duduk di kerusi barisan hadapan, sebaris dengan Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Ketua Armada Bersatu, Muhammad Hilman Idham menyampaikan ucapan dasar.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>