TEKA-TEKI mengenai status hubungan pelakon, Nora Danish dan jejaka yang didakwa sebagai duda anak dua bernama Mickey Ayo, kembali menjadi perhatian.
Menerusi perkongsian di media sosial, nama Mickey sekali lagi menjadi bualan netizen apabila tular video pendek merakamkan dirinya lengkap berbaju Melayu berona putih seakan-akan memberi gambaran bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.