Pakar patologi inkues Zara Qairina lapor polis terima ugutan di media sosial
Iklan
Dr Jessie
KOTA KINABALU - Polis mengesahkan pakar patologi forensik, Dr Jessie Hiu yang menjadi saksi dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir telah membuat laporan polis pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, laporan itu dibuat susulan ugutan yang diterima di media sosial terhadapnya.
Iklan
Iklan
"Laporan polis dibuat selepas dimaklumkan oleh Pengarah Hospital Queen Elizabeth mengenai ugutan berkenaan di media sosial.
"Setakat ini hanya ada satu laporan dibuat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Iklan
Dr Jessie merupakan saksi pertama dalam prosiding inkues yang bermula Rabu lalu.
Keterangan beliau di Mahkamah Koroner mendapat kecaman warganet di media sosial berhubung kematian Zara Qairina.
Iklan
Dalam prosiding tersebut, Dr Jessie yang juga Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE) menolak kemungkinan Allahyarhamah Zara Qairina ditolak atau diserang sehingga jatuh dari tingkat tiga asramanya, sebelum ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan itu pada awal pagi 16 Julai lalu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>