Laine ramal aksi sengit berdepan Palestin

Iklan
Kesebelasan Harimau Malaya - foto fb Football Association Of Malaysia

TONGGAK tengah Harimau Malaya, Nooa Laine meramalkan skuad negara bakal berdepan cabaran getir pada aksi persahabatan Tier 1 berdepan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri pada Isnin.

Katanya, setelah merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Singapura pada Khamis lalu, kesebelasan pemain perlu meneruskan momentum kemenangan berkenaan.

Iklan
Iklan

Justeru, kesemua pemain kini memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap persiapan menghadapi lawan yang berada pada ranking ke-98 dunia ketika ini.

"Cabaran kali ini berbeza kerana kita berdepan dengan pasukan yang berbeza.

Iklan

"Namun, bagi saya setiap perlawanan mempunyai kesukaran yang tersendiri dan pemain perlu memberikan yang terbaik," katanya.

Sementara itu tambah Laine, pasukan tidak terlalu bergantung kepada analisis video pasukan lawan.

Iklan

Katanya, pasukan memilih untuk lebih fokus memperkemaskan corak permainan skuad negara.

“Kami memang belum sempat menonton video mengenai pasukan Palestin kerana bagi kami apa yang penting adalah untuk memberikan fokus kepada pasukan sendiri," katanya.