BINTANG sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut apabila menumbangkan lawannya dari Maghribi, Zakaria El Jamari pada aksi ONE Fight Night 35: Buntan vs Hemetsberger di Stadium Lumpinee, Thailand, Sabtu lalu.
Bertarung dalam kategori Flyweight Muay Thai, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo, hanya memerlukan kira-kira dua minit untuk menamatkan perlawanan selepas melepaskan siri tumbukan padu yang membuatkan Zakaria rebah.