KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) menghormati keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.
Beliau yang juga Pengerusi PH berkata, gabungan itu tidak tersepit dalam keputusan berkenaan, malah akan terus berbincang bagi mencari penyelesaian.