Dua ahli sindiket curi susu formula celah kelangkang, perut didakwa

Iklan
Dua ahli sindiket itu dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.

MELAKA - Dua ahli sindiket mencuri susu formula dengan taktik menyembunyikannya di perut dan celah kelangkang didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas pertuduhan mencuri susu bernilai RM1,826.10 pada bulan lalu.

Tertuduh, wanita warga Filipina Meley Salih,50, dan Surhaffizal Sabli,33, dari Tuaran, Sabah bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik dua pertuduhan itu dibacakan terhadp mereka di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa bersama-sama seorang rakan sejenayah yang telah dituduh, mencuri 11 kotak susu bernilai RM1,826.10 di 99 Speedmart Taman Paya Emas dan 99 Speedmart Bandar Baru Sungai Udang, di sini, jam 7 malam pada 2 Ogos lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 KK yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan didenda dan bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya, boleh dipenjara dan denda atau sebat, sabit kesalahan.

Iklan

Dua ahli sindiket nafi curi susu formula.

Sementara itu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap tertuduh.

Iklan

Peguam SS Amritpal Singh yang mewakili Meley merayu jaminan rendah kerana tertuduh mengidap sakit kronik seperti penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Hujahnya lagi, tertuduh juga menyara tiga orang anak dan berada dalam tahanan sejak 9 Ogos lalu.

Manakala peguam Chua Yong Yi yang mewakili anak guamnya seorang nelayan dan menyara lapan anak termasuk lima anak tiri, malah isteri tertuduh juga baru menjalani pembedahan kerana masalah paru-paru berair.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang selain menetapkan 7 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.